Notice of AGM JMB PV 10, 2011

Dear Valued Owner of PV 10;

 

Notice of AGM JMB PV 10, 2011

AGM 2011 - Proxy Form

 

*Right Click at the above image to download to your PC (Windows) or drag to your Desktop (Mac)

Alternatively; it is available at our Residential Web Collaboration

http://pv10.highrise.my/community/announcements/56-Notice-of-Annual-General-Meeting-2011

the Notice will be made available at our Notice Board on Monday 31st January 2011.

See you all in the AGM soon.

Thank You

mirror link:

http://www.facebook.com/photo.php?pid=6350228&l=ce4938f645&id=654173004

http://www.facebook.com/photo.php?pid=6350229&l=de6c9cbd73&id=654173004

Advertisements

Apakah yang dimaksudkan Hakmilik Strata? Strata Titles Act 1985

Dear Residents;

Some info of on Strata Title;

JMC’s would like to highlight that formation of JMB PV 10 is on a temporary basis, we’re in the pursuance of section 64 of the Strata Titles Act 1985, the MC comes into existence upon the completion of the transfer of strata title in respect of all the parcels by the original proprietor. We have apply to the Director of Lands and Mines for an order to establish the management corporation as provided for under section 64A.

We’re targeting between 1-2 years to establish Management Corporation PV 10, as some owners may received the letter as you read this posting.

Here are some tips on Management Corporation.

SOALAN LAZIM BAHAGIAN HAKMILIK STRATA
S : Apakah yang dimaksudkan Hakmilik Strata?
J : Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah berimilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.
S : Bilakah Hakmilik Strata perlu dipohon?
J : Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.
S : Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?
J : Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.
S : Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?
J : Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar seperti berikut :- 

  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak.
  • Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual.
  • Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
  • Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya.
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
J: Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Perbadanan Pengurusan?
J: Terdiri daripada pemilik-pemilik petak di dalam skim strata. Ia terbentuk secara automatik bila hakmilik strata didaftarkan melalui Buku Daftar Strata.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Bersama?
J: Harta Bersama ditakrifkan sebagai semua di atas tanah berimilik kecuali petak dan petak aksesori seperti tangga, bumbung, taman dan sebagainya.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Syer?
J: Setiap petak diumpukkan unit syer dan ditunjukkan di dalam pelan strata. Jumlah umpukan unit syer adalah berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti saiz petak, lokasi petak, harga jualan petak, harga pasaran petak dan lain-lain. Pembayaran caruman adalah berdasarkan umpukan unit syer   bermaksud semakin besar unit syer makin tinggi caruman yang dibayar. 

Rujukan Bahasa Malaysia:

http://www.dbkl.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=559&Itemid=438&lang=bm

http://ptg.selangor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=108:strata&catid=82:lazimbahagian&Itemid=152

English Version:

http://ptg.selangor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=108:strata&catid=82:lazimbahagian&Itemid=152

Latest on PV 10

Previously, that particular area was cement rendered which is an eyesore in a beautiful pool like ours. A decision was made to tile it with minimal cost. The job was done by our handyman and the tiles are the leftover ones from the work done at the lift lobby.

After 3 years, the fountain is still working and the fish are still shooting out water. For some other condos, these things may have gone kaput. At PV 10, due to the JMC ” s high standard of maintenance we set for the management and the close monitoring of the committee members, PV 10 will continue to be the benchmark for other condos developed by Platinum Victory Sdn Bhd to follow.

Goodnight and have a nice day

Joint Management Body (JMB) / Apakah Badan Pengurusan Bersama?

Salam Sejahtera

Joint Management Body

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata.

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Muat turun Laws of Malaysia: ACT 663 Building and Common Property (Maintenance and Management) ACT 2007 dalam format PDF.

Sumber Rujukan:

http://www.malaysianbar.org.my/conveyancing_practice/law_realty_maintenance_of_a_building.html

%d bloggers like this: